Skip to main content

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship



Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni.

Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda.

Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut.

Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship.

Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menjadi core kepada kegagalan dia adalah terang-terang - Cara pelaksanaan nya memang salah atau dia memang tak nak ambil tahu langsung tugas dia sebagai dropship.

Jadi, anda sekarang termasuk dalam kategori yang mana satu?

Baca seterusnya,

TUGAS DROPSHIP #1 : TEKNIK PEMASARAN  

Okey, apa yang sememangnya yang anda perlu fokuskan lebih adalah melakukan pemasaran yang sesuai dengan modal yang anda ada. Memang tak dinafikan, banyak je teknik pemasaran yang ada dalam dunia ni. Ada yang berbayar dan ada juga yang memang percuma. Ada juga yang menggabungkan kedua-dua teknik ni dalam pemasaran mereka.

Setakat ni, ada berapa dah teknik yang anda tahu, yang anda nampak? Kalau tahu saja memang tak cukup pun. Dah berapa teknik yang anda tahu dan pernah apply pulak? Kadang-kadang tu kan, anda tak perlukan pun teknik-teknik yang gempak-gempak untuk anda berjaya sebagai dropship ni.

Mana tahu, mungkin teknik yang paling simple pun memang dah cukup untuk anda. Apa yang paling penting adalah, anda tahu cara nak memaksimumkan potensi teknik tersebut dan teknik tersebut sesuai dengan produk anda tu.

TUGAS DROPSHIP #2 : TEKNIK MENJUAL

Realitinya, tak perlu sebut.. Memang agak ramai dropship yang mengambil mudah bahagian ini. Ramai yang menganggap cukup sekadar dengan hanya mempamerkan produk yang ingin dijual dan orang ramai akan terus berminat & contact untuk membeli.

Ramai juga yang sengaja post di media sosial dan tulis entah apa-apa yang dia “rasa” prospek dia nak tahu. Nak berniaga ni tak boleh main rasa-rasa tau. Anda kena sedar & tahu apa yang anda buat tu betul atau salah.

Anda kena alert & ingat satu perkara ni. Untuk produk tersebut, bukan anda seorang jer yang jadi dropship, ejen, stokis dan sebagainya. Ada kemungkinan tau puluhan lagi, malah ratusan dan mungkin juga ribuan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda.

Anda kena tahu, apa sebab orang nak kena beli daripada anda? Memang special sangat ke anda tu? Haa.. Bila dah timbul persoalan ni, anda kena make sure anda baca tugas dropship  yang seterusnya.

TUGAS DROPSHIP #3: VALUE (Create Your Own Value)

Anda kena sedar nilai atau value merupakan core elemen terpenting yang boleh membezakan anda dengan penjual lain yang menjual produk yang sama seperti anda tu. Jadi, tugas anda yang patut anda buat seterusnya adalah cari satu nilai yang penjual lain memang tak dapat tiru.

Saya bagi contoh yang simple ni ye. Kalau ada sesiapa yang membeli barang/produk melalui anda atau direct dengan anda, dia akan dapat points. Cukup points dia boleh dah claim hadiah daripada anda. Senangkan?

Kalau dropship, anda boleh boleh create database tentang pelanggan anda tersebut dan masukkan points pelanggan tu dan anda update lah pelanggan anda tu via emel ke, wasap ke, sms ke berapa dah points yang dia dah dapat.

Nampak mudah kan tugas sebagai dropship ni?

Kalau anda berminat & mahu mula belajar cara yang lagi simple sebagai dropship, sukanya saya ingin cadangkan anda untuk fokus pada platform Shopee sahaja. Kalau anda memang nak tahu lebih lanjut, anda boleh terus KLIK SINI.
.
.
P.s Jemput join Telegram kami di sini > klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

3 Perkara penting yang perlu anda tahu kalau nak buat 3-4angka di Shopee

Kalau anda nak tahu, 3-4 angka tu memang masih lagi merupakan nilai yang kecik kerna ramai lagi yang dah berjaya wat kaw-kaw 5-6 angka dengan dropship barang di Shopee.  Jadi, apa lah faktor utama yang membezakan semua angka-angka ni?  Jawapan nya, simple je kalau anda nak tahu, iaitu. Ilmu..!  Ya! ilmu... Lagi banyak ilmu yang anda tahu tentang Shopee, tentang dropship dan ianya dimanfaatkan dengan betul (ada ilmu tinggi menggunung tapi tak apply, tak kemana jugak pun), lagi tinggilah potensi pendapatan yang anda boleh jana hanya dengan dropship sahaja di Shopee. Sebab tu kan, sekarang ni anda boleh je jumpa & tengok terlalu banyak tips, teknik dan panduan sama da ia adalah secara percuma mahupun berbayar yang berkongsikan kelebihan dropship di Shopee dan cara bagaimana nak menjana pendapatan semaksimum yang mungkin dengannya.  Tapi kan, bila anda tahu terlalu banyak perkara pun tak baik jugak. Kerna, Ia pasti akan membawa anda kepad...