Skip to main content

Bagaimana caranya kita nak pilih pembekal dropship


Biasanya kan, bila anda memang 99% dah rasa nekad nak mula buat bisnes dropship, masalah seterusnya yang akan timbul & yang tak kan anda skip untuk dialami oleh anda sendiri adalah, bagaimana caranya kita nak pilih pembekal dropship ni. Peratusan kejayaan bisnes dropship anda memang realitinya sangat banyak bergantung pada siapa pembekal dropship anda tu.

Pembekal yang bagus & baik serta alert akan berusaha meningkatkan lagi sales anda dan pembekal yang tak berapa bagus ni pula lah yang akan menjadi salah satu daripada punca kegagalan bisnes dropship anda tu. It's real! bukan omongan kosong ni..

Jadi, kali ni saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya kita nak pilih pembekal dropship..

Sebelum tu, sukanya saya nak ingatkan anda sekali lagi, bahawa anda perlu pastikan anda benar-benar telah membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat @ menemui pembekal yang benar-benar boleh memberikan servis yang terbaik untuk perniagaan dropship anda. Tolong, jangan ambil mudah nasihat saya ni ye?

Okey, Ini yang anda perlu tahu sebenarnya :

Tempoh masa penghantaran produk kepada pelanggan

Anda memang dah tahu kan, bila buat dropship ni, memang tak perlukan anda melakukan penghantaran pun sebab pembekal yang sememangnya akan lakukannya untuk anda. Jadi, anda perlu periksa dulu betul-betul masa yang akan diambil oleh pembekal tersebut untuk melakukan penghantaran barang kepada pelanggan anda tu.

Anda bayangkanlah, segala macam usaha anda dah buat kaw-kaw sehabis baik sebagai seorang dropship, tapi spoil pulak kat bahagian penghantaran. Memang rasa bengang kan? Pembekal anda lambat hantar barang kepada pelanggan anda. Anda tahu tak siapa yang akan di marah dan menanggung feedback buruk? Pelanggan memang tak akan salahkan pembekal. Mereka akan salahkan anda. Faham kan? 

Kena tahu apa background pembekal anda tu

Ini pun penting juga.. Cara yang paling mudah untuk anda dapatkan info sebenar mengenai background mana-mana pembekal adalah menerusi dropship-dropship yang lain. Ramai pembekal yang cakap memang tak serupa bikin pun. Lain yang dijanji, lain pulak yang diberi. 

Anda mesti dapatkan feedback penuh & lengkap daripada seramai mungkin dropship untuk memastikan anda tidak tersilap dalam memilih pembekal anda tu. Anda perlukan pembekal yang benar-benar serius dan komited dalam bisnes mereka. Anda juga perlukan pembekal yang memang melayan semua orang bawahan nya sama penting tanpa mengira anda ni stokis ataupun dropship.

Kena ambik tahu pasal polisi pembekal tu

Anda kena alert & ambik tahu pasal mana-mana polisi yang berkaitan hal-hal seperti pemulangan, kerosakan dan penukaran produk dropshop tersebut. Ini perlu anda titikberatkan dalam bisnes dropship anda. Bukan apa saya bagitau mcm ni, kalau dari awal lagi anda dah tak ambil tahu sangat perkara-perkara macam ini, risau pulak di kemudian harinya nanti anda akan terpaksa menanggung pelbagai jenis risiko yang akan merugikan bisnes dropship anda.

Prepare soalan & tanya siap-siap kpd pembekal jika berlaku masalah sekian-sekian, apakah tindakan selanjutnya daripada pembekal. Jadi, ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda membuat keputusan dan mengambil tindakan yang tepat & betul jika masalah-masalah tersebut berlaku di kemudian hari. 

Dimana nak cari pembekal tu?

Bila anda kenal ciri-ciri pembekal tersebut & dah tahu apa kriteria2 mereka, anda mesti nak tahu kat mana anda boleh cari pembekal kan? Ini ha ada beberapa tempat yang anda boleh cuba:

Seperti di ,

-Google
==> Contoh : try Search = Dropship kasut, dropship baju, dropship (nama produk)

-Media sosial
-Facebook
-Instagram
-Twitter

Platform apa paling sesuai untuk dropship?

Pemilihan platform untuk anda menjual barang dropship ni pun penting juga sebab ianya akan menentukan hala tuju kejayaan bisnes dropship anda tu. Kalau tanya saya, memang saya sangat suka cadangkan - Bagi anda yang baru bermula dengan bisnes sebagai dropship ni untuk menjual di paltform Shopee.

Shopee ni memang banyak sangat kelebihannya untuk yang nak dropship. Apa kata kalau anda belek satu panduan ni yang memang confirm tak susah nak faham dan memang confirm menjadi & yang paling bestnya panduan ni ada share juga pembekal yang memang power & boleh dipercayai. Tak perlu risau nak buat research dah! 

Anda boleh KLIK SINI.
.
.
P.s Jemput join Telegram kami di sini > klik sini



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

Lebih Daripada 100,000 Produk Sedia Di Dropship Ke Shopee

Salam Sejahtera, Beberapa minggu yang lalu, pihak klikjer baru sahaja terbitkan sebuah ebook baru, iaitu Sebuah panduan mudah untuk berniaga di Shopee iaitu,  =>  EBOOK BISNES SHOPEE Mereka dapat banyak feedback, ramai juga yang menyatakan, mereka teruja untuk berniaga di Shopee!  Tapi masalahnya... mereka  TIADA PRODUK! Berita menariknya.. di dalam ebook Bisnes Shopee ni, memang ada satu bab cerita pasal.. Mana kita nak dapatkan produk? Iaitu dalam  BAB 12  start daripada  m/s 85 . Dalam bab tu, penulis menerangkan tentang cara berniaga di Shopee tanpa perlu simpan stok! Iaitu secara  DROPSHIP! Apa yang menariknya!  Penulis bongkarkan satu supplier dropship yang boleh membekalkan kepada anda lebih  100,000  jenis produk! Daripada produk  fesyen, elektronik, barangan bayi, alat berkebun, aksesori kereta, produk kecantikan dan pelbagai...