Skip to main content

Kebaikan Dropship Ke Shopee


Siapa lagi yang ada kat sini, yang memang tak tahu menahu Shopee tu apa? Rasanya kan, banyak dah orang pernah dengar pasal Shopee kan? Okey, macam ni, Shopee ni macam sebuah marketplace (tempat orang berjual beli barang) yang semakin popular di Malaysia ni.

Dalam Malaysia ni kan, banyak je marketplace yang ada. Pilih jer.. Antaranya ialah (ni kita cerita selain daripada Shopee ya) : Contohnya macam,

-Laz@da
-Mud@h
-11str**t
-Lel@ng
-C@rousell
-Zalor@
-Eb@y
-FB

Kalau yang lain-lain macam ni, mesti anda pernah dengar kan? 

Shopee ni pun sama juga dengan yang lain tu. Tapi, Shopee ni lagi banyak kebaikannya. Lagi-lagi lah kalau anda baru nak bermula sebagai dropship mcm saya ni (hehe), Shopee ni memang merupakan platform yang terbaik masakini.

Jadi tak nak cerita banyak, baik.. saya terus straight to the point jer mengenai kebaikan Shopee ni. Okey? 

1. Si Scam-mer susah tau nak cari makan di Shopee

Shopee ni kan memang terkenal dan tidak disukai si scam-mer ni sebab nya adalah, pelanggan perlu buat payment terlebih dahulu kepada Shopee dan duit tersebut akan di simpan dengan rapi dulu di dalam satu wallet Shopee sehinggalah anda selaku penjual/pembekal menghantar/post barang tersebut dan disahkan sendiri dengan jayamnya oleh pembeli sebagai - barang tu telah berjaya diterima oleh pembeli.

Kadang-kadang pembeli ni lupa nak sahkan. Tapi, Shopee akan trace balik semua rekod-rekod penghantaran daripada kurier (contohnya: poslaju) samada barang tersebut dah selamat sampai atau tak. Di sini lah kiranya win-win situation la untuk pembeli dan juga anda yang menjual sebagai dropship.

Satu je nasihat saya, anda mesti lakukan segala urusan pembelian menerusi Shopee sahaja ya sebab anda akan menerima mesej yang mengajak anda melakukan urusan menerusi whatsapp dan sebagainya daripada kaki scammer ni. Jangan layan tau.. 

2. Tak perlu dah nak pening kepala nak fikir tentang “closing2” ni..

Closing ni adalah merupakan satu kemahiran yang susah untuk anda kuasai kecuali owner produk atau pembekal produk dropship menyediakan kelas khas untuk anda melakukan closing. Di Shopee, anda cuma perlu belajar cara untuk menghasilkan descriptions bagi produk anda yang menarik dan betul je.

Selebihnya, pelanggan anda akan dengan sendirinya melakukan pembayaran dan pembelian di Shopee. Agak jarang sebenarnya untuk pelanggan menghantar chat 1st kepada anda di Shopee. Kecuali, kalau pelanggan anda tu memang betul-betul tak faham.

3. Iklan Shopee sangat-sangat murah belaka

Part ni merupakan kebaikan Shopee yang memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana marketplace yang lain. Anda fikir balik mula-mula dulu. Anda buat dropship ni kan sebab utama dia anda tak ada modal yang besar untuk buat kempen pemasaran, iaitu - iklan! 

Kenapa anda perlu buat iklan? 

Kalau anda tak buat iklan, anda tak boleh duduk dan berharap orang akan datang kepada anda dan beli produk anda tu. Memang agak mustahil untuk berlaku macam tu kalau ada ramai lagi yang menjual produk yang sama jenis dengan anda. 

Cara nak buat iklan pun mudah. Tak perlu nak pening-pening kepala, memang tak rumit dan tak leceh. 

4. Ada panduan yang memang super duper mudah untuk buat duit dengan jual barang di Shopee!

Ni satu lagi kebaikan Shopee yang anda boleh dapat. Panduan step by step untuk buat duit minimum 4 angka seminggu dengan Shopee. Teknik yang proven, result yang gempak, cara yang mudah dan sangat-sangat simple untuk anda follow daripada orang yang dah berjaya jana lebih 6 Angka sale dengan satu kedai Shopee sahaja. 

Saya memang sangat-sangat cadangkan anda untuk “keluarkan” modal sikit jer untuk mendapatkan ilmu yang sangat bernilai ni.

Anda boleh terus KLIK SINI. 
.
.
P.s Jemput join Telegram kami di sini > klik sini



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

Lebih Daripada 100,000 Produk Sedia Di Dropship Ke Shopee

Salam Sejahtera, Beberapa minggu yang lalu, pihak klikjer baru sahaja terbitkan sebuah ebook baru, iaitu Sebuah panduan mudah untuk berniaga di Shopee iaitu,  =>  EBOOK BISNES SHOPEE Mereka dapat banyak feedback, ramai juga yang menyatakan, mereka teruja untuk berniaga di Shopee!  Tapi masalahnya... mereka  TIADA PRODUK! Berita menariknya.. di dalam ebook Bisnes Shopee ni, memang ada satu bab cerita pasal.. Mana kita nak dapatkan produk? Iaitu dalam  BAB 12  start daripada  m/s 85 . Dalam bab tu, penulis menerangkan tentang cara berniaga di Shopee tanpa perlu simpan stok! Iaitu secara  DROPSHIP! Apa yang menariknya!  Penulis bongkarkan satu supplier dropship yang boleh membekalkan kepada anda lebih  100,000  jenis produk! Daripada produk  fesyen, elektronik, barangan bayi, alat berkebun, aksesori kereta, produk kecantikan dan pelbagai...