Skip to main content

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada!



Lazada adalah merupakan satu platform marketplace yang terbesar di  Asia!

Walaupun saya turut menjual di platform-platform marketplace yang lain seperti Shopee, Lelong dan juga di website sendiri... Lazada tetap menjadi penyumbang yang terbesar terhadap jualan produk saya sejak tahun 2015.


Ini dia 7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada!

1. Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai!

Seperti yang telah saya katakan tadi... bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.

2. Pasaran Luas, Seluruh Malaysia!

Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja!  Tapi, apabila anda membuka "kedai maya" di Lazada.... potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda!

3. Jualan 24 Jam Tanpa Henti!

Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam... tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai! Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda!

4. Kos Rendah!

Jika anda membina website sendiri, anda peru bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar! Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan.. maka tiada sebarang caj!

5. Sistem Yang Canggih!

Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, Lazada menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual! Anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server apabila berniaga di Lazada!

6. Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp!

Ah ha! Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak  layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli! Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran!

7. Promosi & Pemasaran Yang Hebat!

Setiap bulan, Lazada akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran! Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada sehingga mencecah,

Jualan 6 Angka Sehari!!

BERMINAT NAK BELAJAR BERNIAGA DI LAZADA?







p.s Semoga Bermanfaat










Comments

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

Beginilah Caranya untuk mula Berniaga Di Shopee

Sebulan sales di SHOPEE boleh buat macam ni.  OK ke, SANGAT OK atau GILA LAH OK. Ini sales bulan 12 tau.Baru lagi ni. Orang lain pun ada nak berniaga juga di Shopee. Tapi sales sendu sendu jer kan? Hidup segan mati tak mahu.  Nak mula bisnes di shopee ni memang perlukan ilmu, sekarang tak susah lagi, belajar dari pengalaman sebenar & terhasilnya Panduan Bisnes Shopee, mudah dan ringkas .  Bukan biasa biasa pulak tu. Ilmu bisnes di SHOPEE dan buat sales ni penuh dengan RAHSIA dan JURUS. Beginilah Caranya untuk mula Berniaga Di Shopee Jemput klik sini sekarang! Semoga bermanfaat. . . . p.s Terbaru!! Juga didedahkan kepada anda beberapa senarai syarikat yang menawarkan dropship kepada anda. p.p.s  Jom  Join Telegram   kami!