Skip to main content

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee


Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa.

Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut. 

Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu.

Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya.

Tak percaya?, meh saya cerita...  

Kat bawah ni saya akan kongsikan dengan anda beberapa sebab kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

1. Teknik menjual yang ternyata - Salah

Ramai sangat yang saya jumpa yang terus menggunakan platform marketplace ni untuk terus menjual. Platform tu memang dah nice sangat. Tapi cara anda yang tak really-really nice. Anda apa lagi, terus main hentam jer menjual barang/produk anda tanpa mengkaji dulu produk tersebut & kaji sama ada followers anda sesuai ke tak dengan produk tersebut. 

Hasilnya? memang ke laut lah.. Segala posting tentang produk-produk anda akan krik krik krik. Awal-awal mungkin ada ramai yang klik & tengok, tapi bila dah lama-lama, hmmm memang orang pun dah mula naik meluat dan ignore posting anda tu. 


2. Tak tahu menahu langsung pasal produk

Product knowledge atau pengetahuan anda sendiri mengenai produk yang anda nak jual pun sangat-sangat penting tau kalau anda nak dapat sales dengan lebih banyak. 

Anda sendiri pun tak pernah tengok, tak pernah nak guna dan apa lagi tak pernah pun nak pegang produk tersebut. Jadi, macam mana anda nak cerita kan segala macam kebaikan produk tersebut kepada orang lain?

Satu solusi & cara paling mudah adalah anda kena beli dan guna dulu sendiri produk yang anda nak jual tu. Tu lah cara terbaik setakat ini dan terpantas untuk anda belajar mengenai sesuatu produk yang anda nak jual tu. 

Dua, cara lain yang saya rasa saya boleh kongsikan dengan anda adalah, tengok testimoni. 

Testimoni tau kan? Biasanya owner produk atau pembekal pasti akan berikan anda testimoni yang dah siap dan bahan-bahan lain sebagai marketing tools untuk anda. Gunakanlah testimoni-testimoni tersebut dengan sebaiknya untuk tambahkan product knowledge anda tu.

3. Anda pandang remeh & mudah mengenai bisnes

Ramai yang menganggap berbisnes ni mudah. Kalau jual secara online, anda menganggapnya semudah post di media sosial dan orang akan terus contact anda untuk tujuan membeli. Kalau jual secara offline, anda akan ingat macam buka kedai dan orang sekeliling akan terus datang membeli. Memang tak lah!

Hakikatnya, bukan macam tu ya. Kalau semudah tu, perrgh ramai sangat dah yang berjaya tau.

Namun, ia tidaklah sesusah yang anda fikirkan. Ia akan jadi lebih mudah & terurus kalau anda ada ilmu dan panduan yang betul yang boleh guide anda step by step.

Kalau tanya saya, saya memang lagi la nak anda buat/jual barang/produk di Shopee berbanding dengan platform lain sebabnya saya cuma perlu kuasai beberapa basic teknik & kemahiran sahaja dan ia tidaklah terlalu rumit dan sesusah macam skil-skil di platform lain tu.

Jadi,

Kalau anda memang berniat tinggi nak mula belajar teknik & macam mana nak buat 4angka seminggu paling mudah di platform Shopee ni, anda boleh la terus KLIK SINI
.
.
.
P.s Jemput join Telegram kami di sini > klik sini



Comments

Popular posts from this blog

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

9 TEKNIK JUAL BARANG DI LAZADA DIBONGKARKAN!

Anda Nak Tahu RAHSIA Bagaimana Menjana Jualan Lebih RM10,000 Sebulan Di Lazada? Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda, Supaya Anda Juga Boleh Melakukannya! Lazada adalah merupakan satu platform marketplcae yang terbesar di  Asia! Walaupun saya turut menjual di platform-platform marketplace yang lain seperti Shopee, Lelong dan juga di website sendiri... Lazada tetap menjadi penyumbang yang terbesar terhadap jualan produk saya sejak tahun 2015. Setiap minggu, jualan yang saya perolehi adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seminggu. Dalam tempoh sebulan.. dapatlah sekitar RM10,000 menerusi platform Lazada sahaja! Oklah tu kan? Lepaslah nak bayar duit ansuran bulanan rumah, kereta , duit sekolah anak, duit makan-minum serta sedikit duit untuk menyimpan! Anda Berminat Nak Belajar Berniaga Di Lazada? Saya sangat syorkan anda untuk belajar dengan Ebook Bisnes Lazada ni; Di dalam Ebook Panduan Bisnes Lazada ini ada 9 Teknik Jual Barang Di Lazada se...