Skip to main content

Rugi ke kalau buat dropship di Shopee ni?


Biasa lah, kiri kanan ramai je yang bagi saranan terbaik kepada anda yang baru bermula dalam bidang bisnes ni untuk jadi dropship dulu. Sebab apa?

-Tak perlu keluarkan modal yang besar pun
-Tak perlu simpan stok pun
-Memang tak perlu ada produk sendiri pun
-Tak perlu pun nak buat kempen pemasaran yang gila-gila tu

Memang la tak berapa jelas sangat sebab-sebab di atas kan? Relax. Don't worry ya, saya akan terangkan satu persatu. Okey?

Tak perlu keluarkan modal yang besar pun

Realitinya, bila cakap tentang modal, anda kena tahu & sedar bahawa modal tu sebenarnya tetap anda perlu keluarkan bila anda nak mula berbisnes ni. Dari segi idea, ilham, pemikiran, masa, tenaga dan wang ringgit tu sebenarnya adalah sebahagian daripada modal yang anda perlu keluarkan. Jangan hanya anggap modal tu cuma wang ringgit semata-mata. 

Apa yang saya nak terangkan bahawa bezanya dengan dropship ni adalah, modal wang ringgit tu maybe anda perlu keluarkan hanya sedikit atau memang tak perlu keluar langsung. 

Jadi persoalannya di sini bila masanya modal wang ringgit jadi sedikit dan bila pula masanya tak perlu langsung?

Kalau anda sememangnya adalah merupakan seorang yang terkenal di media sosial, berkulit cantik, muka handsome, dan sado, serta kalau anda memang jenis yang memang pandai memanfaatkan kelebihan yang ada apad diri anda tu, anda tak perlu dah keluarkan modal wang ringgit untuk buat dropship ni.

Tapi, kalau anda memang bukan termasuk dalam kategori tersebut, memang ada je cara lain yang anda boleh guna seperti menerusi kempen pemasaran yang berbayar seperti FB Ads, Google Ads, Instagram Ads dan sebagainya & ini mungkin merupakan penyelesaian terbaik buat anda.

Tak perlu simpan stok pun

Memang la kita sedar & tahu kadang-kadang, ada jugak pembekal-pembekal ni yang memberikan syarat untuk anda membeli 10-20 unit produk atau lebih produk sebelum anda boleh apply untuk menjadi dropship produk tersebut. Biasanya, anda akan jadi terlebih excited dengan janji-janji manis bahawa produk tersebut memang akan menjadi dan mudah untuk anda promosikan. 

Realitinya, kalau anda memang Zero atau tak tahu menahu macam mana nak pasarkan produk anda tu, anda still takkan dapat pun nak buat sales. Kalau nak cuba berjaya dengan dropship ni mudah je kalau anda gunakan platform lain macam di Shopee. 
Kenapa Shopee ni? Tak pe, nanti free saya terangkan.

Memang tak perlu ada produk sendiri pun

Okey, saya nak bagitahu, yang ni pun antara sebab terpenting kenapa anda patut belajar & start buat dropship. Biasanya kan, yang akan melemahkan impian anda untuk memulakan bisnes adalah, anda tak tahu nak jual produk apa. Setuju kan?

Let say lah, walaupun anda tahu nak jual produk apa, masalah seterusnya yang pasti akan timbul pula adalah, anda tak ada produk tersebut pulak. Kalau nak buat produk sendiri ni sebenarnya makan masa jugak dan perlu modal yang sangat banyak. Anda sanggup? 

Kenapa la nak susah-susah diri sendiri, sedangkan anda boleh je promote produk orang lain dulu sebagai dropship. Lagi-lagi lah sekarang ni ada pula platform power macam Shopee yang memang dah memudahkan anda selaku dropship untuk buat sales kaw-kaw di sana. 

Tak perlu pun nak buat kempen pemasaran yang gila-gila tu

Ada beberapa sebab kukuh yang menyokong kenyataan saya ni. Tapi saya nak bagitahu anda dua je cukup!

Okey, yang pertama adalah pemilik/owner/pembekal tersebut biasanya akan melakukan kempen pemasaran. Ramai yang di luar tu akan ada awareness tentang sesuatu produk tersebut dan anda cuma perlu bertindak lah sebagai penjual yang memudahkan mereka-mereka ini untuk terus memiliki produk tersebut sahaja. 

Okey, yang kedua pula hanya valid dengan Shopee sahaja. Kos buat ads dengan menggunakan platform Shopee ni adalah berkali-kali ganda lebih murah berbanding dengan platform-platform lain yang sedia ada.

Yang lagi best saya nak bagitahu adalah bila anda gunakan platform Shopee ni adalah, kesemua mereka yang melayari Shopee ni  memang mereka-mereka yang dah ada plan untuk membeli. 

Jadi memang jauh beza & tak sama dengan FB yang mana iklan anda akan naik kepada semua orang yang anda target tu dan bukan kesemuanya pun dalam mood membeli. Maybe ada jer yang saja-saja je buka FB, tengah cari informasi ke dan sebagainya yang bukan membeli pun. 

Sebab tu kalau ada yang tanya saya rugi ke kalau buat dropship di Shopee ni?, 

Jawapan saya cuma satu. Sangat-sangat menguntungkan tau! Kalau anda nak tahu teknik & guide terbaik untuk anda buat untung gila-gila sebagai dropship di Shopee, anda boleh KLIK SINI
.
.
.
P.s Jemput join Telegram kami di sini > klik sini


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

9 TEKNIK JUAL BARANG DI LAZADA DIBONGKARKAN!

Anda Nak Tahu RAHSIA Bagaimana Menjana Jualan Lebih RM10,000 Sebulan Di Lazada? Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda, Supaya Anda Juga Boleh Melakukannya! Lazada adalah merupakan satu platform marketplcae yang terbesar di  Asia! Walaupun saya turut menjual di platform-platform marketplace yang lain seperti Shopee, Lelong dan juga di website sendiri... Lazada tetap menjadi penyumbang yang terbesar terhadap jualan produk saya sejak tahun 2015. Setiap minggu, jualan yang saya perolehi adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seminggu. Dalam tempoh sebulan.. dapatlah sekitar RM10,000 menerusi platform Lazada sahaja! Oklah tu kan? Lepaslah nak bayar duit ansuran bulanan rumah, kereta , duit sekolah anak, duit makan-minum serta sedikit duit untuk menyimpan! Anda Berminat Nak Belajar Berniaga Di Lazada? Saya sangat syorkan anda untuk belajar dengan Ebook Bisnes Lazada ni; Di dalam Ebook Panduan Bisnes Lazada ini ada 9 Teknik Jual Barang Di Lazada se...