Skip to main content

Tahu Berapa Modal Nak Start Bisnes Air



Sebelum ini, saya ada kongsikan 1 artikel tentang seorang brader yang peroleh untung lebih RM7,000 dengan hanya berniaga air jus buah-buahan di bazar ramadhan.

Selepas itu, saya banyak terima PM yang bertanyakan tentang berapakah modal yang diperlukan jika mahu menjalankan perniagaan tersebut?

Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar sahaja untuk memulakan perniagaan air balang!

ANGGARAN KOS PERMULAAN!
----------------------------------------------

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

.
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
----------------------------------------------
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.


POTENSI JUALAN & UNTUNG?
----------------------------------------------
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!


BAGAIMANA?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini!

Anda boleh klik link di bawah!

Jemput klik sini sekarang!

Semoga bermanfaat

Comments

  1. Situs Judi Online Casino site | Lucky Club
    Join 카지노사이트luckclub Lucky Club and enjoy over 1600 slots and table games including blackjack, roulette and poker. Play online or download the Android app. Rating: 4 · ‎1 vote

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa anda gagal buat dropship di Shopee

Rasanya kan, memang ramai sangat yang dah pernah dengar dan tahu apa itu dropship kan. Sekarang ni pun makin banyak tawaran untuk menjadi dropship bagi sesebuah produk tersebut. Lagi best, ada yang berani claim anda akan dapat sekian-kian angka sale dalam sekian-kian masa. Anda pun apa lagi, memang lah rasa excited sangat nak cuba hanya disebabkan oleh claim-claim tak masuk akal tersebut.  Tapi kan, realitinya begini, tawaran tersebut tak bagitahu pun sebenarnya, apa laluan yang anda patut & kena tempuhi dahulu untuk dapatkan pulangan yang lumayan tu. Semua cerita benda yang manis-manis je. Perit, jerih susah payah time buat dropship ni, tak pernah pulak orang nak cerita. Membisu sahaja. Kalau betul pun mudah, kenapa dropship anda masih boleh gagal? Kalau dikaji balik kan, peluang untuk anda berjaya dengan dropship ni lagi tinggi tau dari peluang untuk anda gagal sebenarnya. Tak percaya?, meh saya cerita...   Kat bawah ni saya akan kongsikan d...

Apa tugas-tugas utama kita sebagai dropship

Baik, jom sama-sama kita imbas kembali apa maksud tersirat & tersurat tentang dropship ni. Dropship ni adalah merupakan satu model bisnes atau bentuk bisnes yang memang mudah tanpa perlu modal atau tanpa perlu nak sediakan modal yang besar yang memang tidak memerlukan anda untuk menyimpan apa-apa barang jualan/stok dan melakukan penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda. Realitinya, memang mudah kan kerja-kerja sebagai dropship ni? Segala macam urusan yang memang berkaitan barang akan diselesaikan oleh owner atau pembekal produk tu sendiri. Disebabkan oleh hal ini lah, ramai orang kita sangat suka memilih untuk melakukan dropship. Memang tak dinafikan ada yang berjaya dan ada juga yang sangkut. Yang berjaya, ofkos mudah je.. sebab kunci utama yang membawa kepada kejayaan dia adalah dia sedar & dia tahu apa sebenarnya tugas utama dia sebagai dropship. Yang gagal pulak? Bukan dia tak tahu tugas dia, dia memang tahu tugas dia sebagai dropship tapi yang menja...

3 Perkara penting yang perlu anda tahu kalau nak buat 3-4angka di Shopee

Kalau anda nak tahu, 3-4 angka tu memang masih lagi merupakan nilai yang kecik kerna ramai lagi yang dah berjaya wat kaw-kaw 5-6 angka dengan dropship barang di Shopee.  Jadi, apa lah faktor utama yang membezakan semua angka-angka ni?  Jawapan nya, simple je kalau anda nak tahu, iaitu. Ilmu..!  Ya! ilmu... Lagi banyak ilmu yang anda tahu tentang Shopee, tentang dropship dan ianya dimanfaatkan dengan betul (ada ilmu tinggi menggunung tapi tak apply, tak kemana jugak pun), lagi tinggilah potensi pendapatan yang anda boleh jana hanya dengan dropship sahaja di Shopee. Sebab tu kan, sekarang ni anda boleh je jumpa & tengok terlalu banyak tips, teknik dan panduan sama da ia adalah secara percuma mahupun berbayar yang berkongsikan kelebihan dropship di Shopee dan cara bagaimana nak menjana pendapatan semaksimum yang mungkin dengannya.  Tapi kan, bila anda tahu terlalu banyak perkara pun tak baik jugak. Kerna, Ia pasti akan membawa anda kepad...