Biasa lah, kiri kanan ramai je yang bagi saranan terbaik kepada anda yang baru bermula dalam bidang bisnes ni untuk jadi dropship dulu. Sebab apa? -Tak perlu keluarkan modal yang besar pun -Tak perlu simpan stok pun -Memang tak perlu ada produk sendiri pun -Tak perlu pun nak buat kempen pemasaran yang gila-gila tu Memang la tak berapa jelas sangat sebab-sebab di atas kan? Relax. Don't worry ya, saya akan terangkan satu persatu. Okey? Tak perlu keluarkan modal yang besar pun Realitinya, bila cakap tentang modal, anda kena tahu & sedar bahawa modal tu sebenarnya tetap anda perlu keluarkan bila anda nak mula berbisnes ni. Dari segi idea, ilham, pemikiran, masa, tenaga dan wang ringgit tu sebenarnya adalah sebahagian daripada modal yang anda perlu keluarkan. Jangan hanya anggap modal tu cuma wang ringgit semata-mata. Apa yang saya nak terangkan bahawa bezanya dengan dropship ni adalah, modal wang ringgit tu maybe anda perlu keluarkan hanya sedikit at...